Lega suami tak marah dia


hi 01.1



BILA Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar mengatakan pemandu perempuan selalunya memandu dalam keadaan bahaya, Joyah turut menyokong. Joyah tabik sebab Bung berani bercakap tentang realiti, walaupun ada yang menjadi emosi dengan kata-kata Bung itu.

Pada Joyah apa yang dikatakan oleh Bung banyak kebenarannya sebab kebanyakkan pemandu perempuan ‘terlebih berhati-hati’ semasa di jalan raya. Orang kampung Joyah kata ‘terkemut-kemut’ nak pusing stereng, nak lintas, nak masuk kiri atau kanan.

Sebab tu banyak orang marah perempuan memandu termasuk Datuk Bung kita. Tetapi bukan semua tau, ada juga perempuan yang gaya pemanduannya okey dan selamat. Orang lelaki pun ada juga yang terlebih ‘tak selamat’ bila bawa kereta sebab selalu perasan mereka hebat.

Okey, bila Bung buat kenyataan rupanya si isteri yang jelita, Zizie Izzette pun terasa juga. Kata Zizie dia terfikir Bung turut mengaitkan dirinya tergolong dalam kategori wanita yang tidak selamat memandu itu.

Tetapi rupanya lain yang dimaksudkan Bung. Jadi Zizie reda sebab tak masuk dalam senarai perempuan ‘malang’ yang dikatakan oleh suaminya itu.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top