Victoria Azarenka dari Belarus menewaskan Maria Sharapova dari Rusia 6-1, 6-4 semalam untuk memenangi kejohanan tenis Terbuka Sony Ericsson buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.


Kemenangan Azarenka, iaitu kejuaraan keenam dalam kariernya, membolehkan kedudukan dalam ranking dunia naik di tempat keenam minggu depan, iaitu pencapaian terbaik beliau setakat ini.

Pemain muda berusia 21 tahun itu menunjukkan permainan mantap dengan menewaskan Sharapova menerusi dua servis walaupun pada awal perlawanan dia kehilangan satu servis pertamanya.

Sharapova yang kini pemain ke-13 dunia, berusaha untuk memenangi kejohanan pertama sejak Mei lalu tetapi gagal menemui rentak dan servisnya juga kurang menjadi. - Reuters

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top