Juruterbang helikopter jenis Bell 206, Sahaimi Ghazali, 38, sempat mengucap dua kalimah syahadat setelah dikeluarkan oleh orang awam dengan mencepungnya dari bangkai pesawat yang terhempas di Dataran Sanyan di sini petang semalam.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan memberitahu, Sahaimi masih bernyawa ketika dikeluarkan dengan matanya terbuka memandang mata setiap empat orang yang berusaha menyelamatkannya dalam hujan lebat.

"Kami menggunakan payung untuk mengelakkannya dibasahi hujan dan ketika itu kami melihat nametag bertulis 'Sahaimi' di bajunya, lalu meminta beliau beristigfar dan mengucap, beliau kemudian mengucap sebelum dibawa ke dalam ambulans.

"Waktu itu, kami berempat bimbang takut-takut helikopter itu meletup kerana minyak kelihatan melimpah keluar tetapi mujurlah hujan lebat. Keadaan tubuh Sahaimi begitu menyayat hati dengan bahagian rusuk kanannya cedera parah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Sibu, semalam.

Sementara itu, jenazah Sahimi Ghazali selamat dikebumikan di kampung halamannya Kampung Pohon Tanjung di Kota Bharu, malam ini.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pukul 7.20 malam dengan pesawat khas milik Layang-Layang Air.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top