Sinopsis drama bersiri komedi Senario: Misteri BamBoo

Senario: Misteri BamBoo menceritakan Wak Dol (Azlee), Salih (Mazlan) dan Kassim (Wahid) yang cuba menyelesaikan kes pencurian yang sering berlaku di Kampung Buluh.

Wak Dol ialah seorang bomoh yang sentiasa berfikiran kolot manakala Kassim pula seorang tauke warung yang sudah kematian isteri.


Salih pula ialah seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang kerani yang agak penakut dan mempunyai seorang kekasih bernama Mimi (Ayu Raudah).

Kampung Buluh yang sentiasa aman digemparkan dengan kes-kes pencurian yang kerap berlaku.

Puas penduduk-penduduk kampung cuba menangkap pencuri-pencuri tersebut tetapi malangnya semua usaha mereka gagal.

Wak Dol kemudiannya membaca jampi dan memberitahu penduduk kampung bahawa pencuri-pencuri tersebut bukan manusia tetapi toyol.

Saksikan aksi lucu dan gelagat mereka dalam Senario: Misteri BamBoo pada setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top