Bakat lakonan Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen mula membuatkan ramai pengarah memuji dan sedia membimbingnya.

Terbaru, Nelydia Senrose berlakon dalam drama bersiri untuk slot terbaru TV9 bertajuk Puaka Bunga Tanjung arahan Fairuz Loy. Nelydia diberi tugas memegang dua peranan sekali gus iaitu sebagai watak gadis moden dan purba.

"Watak Mayang dan Sanur yang diberikan kepada saya adalah dua karakter berbeza dalam drama ini yang berlatarkan zaman 1960-an dan moden. Mayang seorang wanita kampung berusia 30-an sementara Sanur pula wanita yang bertukar menjadi puntianak. Membawa dua watak dalam satu drama nyata mencabar diri saya dan saya berazam memberikan yang terbaik kepada penonton.

"Drama ini sangat berbeza kerana inilah kali pertama membawa watak yang tidak sama perasaan dan penampilan. Ia akan ditayangkan sebanyak lapan episod dalam sebuah program baru slot seram stesen TV9.

"Apa lebih menariknya, cerita ini juga mengisahkan kisah silam dua generasi yang datang semula kepada sebuah keluarga akibat balas dendam selepas 30 tahun. Ia juga diselitkan kisah cinta yang mendapat tentangan," katanya, kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Nik Zaris Nelydia Senrose

"Pengalaman baru ditimba dalam drama Puaka Bunga Tanjung sangat menarik apatah lagu bergandingan dengan beberapa pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussin, Namron dan Fizz Fairuz.

"Saya tidak kekok kerana pengalaman bergandingan dalam drama Iqra' bersama Abang Eman Manan dulu sangat membantu dan saya anggap Abang Eman seorang pelakon yang hebat," katanya.

Nelydia Senrose belajar dari pengalaman pelakon hebat seperti Ellie Suriaty dan Erma Fatima pula banyak membimbing Nelydia dari segi ekspresi, intonasi serta 'mood'. Tambahan pula ia kisah klasik dan zaman moden yang sangat menarik.

Sama-sama kita saksikan lakonan Nelydia Senrose dalam drama bersiri Puaka Bunga Tanjung di TV9 nanti!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top