Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa/ Pemenang Vokal Bukan Sekadar Rupa

Asmidar telah menjadi juara Vokal Bukan Sekadar Rupa manakala Mafa mendapat tempat ke-2.

Norhasmidar Ahmad (Asmidar) atau Mafarikha Md. Akhir (Mafa) telah berentap untuk bergelar Juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal).

Asmidar Vokal Bukan Sekadar Rupa

Program akhir Vokal bagi merebut gelaran juara berlangsung pada 25 Disember di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.


Asmidar selaku Juara Vokal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Mafa selaku naib juara menangi RM30,000.

Pada peringkat akhir peserta akan menyanyikan tiga buah lagu, iaitu lagu pilihan sendiri, sebuah lagu baharu dan sebuah lagu yang dipilih oleh pihak lawan.

Lagu baru dendangan Asmidar dicipta oleh Ajai. Sementara Audi Mok pula cipta lagu untuk Mafa.

Format pemarkahan Vokal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada pihak juri dan 50 peratus melalui undian SMS.

Dalam ketiga-tiga pusingan tersebut, Asmidar berjaya mendahului apabila juri memilih beliau untuk pusingan kedua dan ‘battle’. Walau bagaimanapun, ketika sidang media yang diadakan sejurus selesai konsert, juri tetap Azmeer dan Erra Fazira mengakui agak sukar membuat pemilihan pada malam itu.

“Kami berada pada tahap sukar untuk memilih antara mereka berdua namun tuah melebihi Asmidar. Dari pemilihan lagu, saya pilih Mafa untuk pusingan pertama saja kerana Asmidar lebih menunjukkan warna dan versatil pada pusingan kedua dan ‘battle’.

“Saya beranggapan Asmidar lebih layak namun tidak bererti Mafa tidak bagus. Bagi saya, mereka berdua memang tidak menghampakan saya,” jelas Erra mengulas mengenai pemilihan Asmidar sebagai juara.

Azmeer pula ketika ditemui berkata, “Memang sukar untuk menentukan mana yang lebih baik. Secara peribadi, saya sukakan ton suara Mafa, namun adat bertanding, siapa yang melakukan kesilapan, dia akan kalah. Dia kreatif namun pernafasan dia perlu diperbaiki. Nada dia juga lari semasa menyanyikan lagu baru ciptaan Audi Mok.

“Asmidar pula saya tak nafikan dia punya pernafasan yang hebat walaupun adakalanya ton dia rendah, namun dia dengar nasihat saya sebelum ini. Persembahan vokal dia pada malam ini agak tebal dan lunak. Ton Asmidar 98% sempurna manakala Mafa 85%. Walaupun nasib tak menyebelahi Mafa, tidak bermaksud dia tidak ada masa depan. Saya pasti dia boleh berjaya dalam industri ini.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top