Sinopsis Happy Feet Two

Kisah Happy Feet Two bermula apabila Mumble dan Gloria yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak, Erik yang fobia dengan tarian.

Erik yang tidak mahu menari, melarikan diri dan akhirnya berjumpa dengan The Mighty Sven, penguin yang boleh terbang.

Mumble menyedari dia tidak mampu melawan karakter yang ada pada idola baru Erik. Keadaan semakin teruk apabila satu kuasa jahat yang sangat kuat sedang mengancam keselamatan mereka.

Keberanian Mumble menyatukan semua sekutu bekerjasama menentang kuasa jahat itu akhirnya membuka mata Erik.

Happy Feet Two

------------

Mula ditayangkan pada 17 November lalu, filem Happy Feet Two masih lagi diperkatakan sampai ke hari ini kerana plot yang lebih menarik dan konflik berbeza daripada yang pertama.

Sekuel kali ini menampilkan watak baru, Erik dan menggunakan khidmat suara barisan selebriti ternama yang baru diserapkan untuk sekuel kedua.

Elijah Wood, Lombardo Boyar, Robin Williams dan Johnny Sanchez adalah antara selebriti yang masih kekal dalam sekuel kedua manakala watak Gloria yang dulunya dipegang Brittany Murphy kini diberikan kepada Alecia Moore (Pink).

Selain watak Erik yang dipertanggungjawabkan kepada kanak-kanak Ava Acres, Brad Pitt, Matt Damon, Hank Azaria dan Sofia Vergara adalah barisan tulang belakang yang menguatkan lagi plot kisah Happy Feet Two kerana dalam filem ini banyak karakter baru yang ditambah untuk menghasilkan cerita yang lebih menarik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top