Sinopsis telemovie Unjul Nak Jadi Orang

Telemovie Unjul Nak Jadi Orang memaparkan watak Unjul tinggal dua beranak bersama ibunya, Uteh di sebuah rumah kampung. Segala yang dibuat semuanya tak kena. Sudahlah malas belajar sehinggakan keputusan SPM gagal menyebabkan orang kampung menyindir termasuk ibunya sendiri walaupun sudah lima tahun berlalu.

Segala perbelanjaan hidup ditanggung ibunya dengan hanya mendapat hasil upah dengan menganyam tikar mengkuang. Unjul dihalau dari rumah lalu pergi menumpang di rumah kawannya. Dia sekali lagi dihalau ibu kawannya kerana sikap malasnya itu.

Kemudian dia pergi menumpang di rumah tauke Billy. Disebabkan berasa kasihan, tauke Billy membenarkan Unjul tinggal bersamanya walaupun dia tahu sikap Unjul yang pemalas. Unjul walaupun begitu punya satu hasrat untuk mengahwini Ema, seorang gadis kampung yang sangat cantik.

Ibarat pepatah 'jauh panggang dari api' beza antara Unjul dengan Ema tapi ditentang keras hubungan suci mereka oleh ibu Ema, Supek. Apatah lagi Ema, gadis kampung yang menjadi kegilaan ramai pemuda.

Ramai yang sudah masuk meminang tapi ditolak Ema kerana ingin mengejar cita-citanya untuk masuk ke Universiti di samping sudah berjanji untuk menunggu pinangan daripada Unjul.

Ema sering berselisih pendapat dengan ibunya kerana mahu Ema lekas kahwin dengan Jobot, anak teruna ketua kampung yang berharta di kampung itu. Namun cintanya tetap untuk Unjul.

Ema meminta Unjul berjanji supaya tidak malas bekerja dan melamarnya, jika tidak Ema akan terjun bunuh diri di jambatan gantung. Di situlah satu perjanjian termeterai antara Unjul dan Ema. Bermula dari saat itu, bermulalah kehidupan baru bagi Unjul.

Namun begitu, Supek tetap melarang keras Unjul berjumpa anaknya. Buntu akal, Unjul memikirkan jalan melepaskan kerinduan untuk berjumpa Ema.

Tauke Billy sering menasihati Unjul supaya mengambil semula peperiksaan SPM. Tauke Billy mengatakan yang pelajaran aset paling penting pada diri seseorang jika ingin berjaya dalam hidup. Tauke memaklumkan yang dia sudah menyayangi Billy seperti anaknya sendiri dan dia sanggup mengajar Unjul jika bersedia untuk belajar.

Akhirnya Unjul menerima nasihat Tauke Billy belajar sebelah malam di rumah. Dari hari ke hari, Unjul bertambah gigih selepas mendengar nasihat Tauke Billy. Dalam kegigihannya mencari wang, Unjul dikejutkan berita ibunya meninggal dunia.

Unjul kembali semula bekerja dan belajar. Di rumah Tauke Billy, Unjul juga dibantu Memei yang kebetulan ketika itu sudah tamat belajar di universiti tempatan. Dalam diam, Memei sudah lama menyimpan rasa cinta terhadap Unjul, tapi tidak diluahkannya.

Adakah kisah perjalanan hidup Unjul berdepan dengan dugaan hidup termasuk percintaan yang menyulitkan berjaya diatasi? Berjayakah dia mencapai cita-citanya mahu menikahi Ema atau dia memilih Memei yang menyintainya dalam diam? Saksikan drama khas ini.


Drama ini dibintangi pelakon Zulhuzaimy, Wan Maimunah, Jue Aziz, Ridzuan Hashim, Zamarul Hisham, Bea Rameshan dan Nor Albaniah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top