Lea Seydoux, pelakon Perancis cantik semakin mencuri perhatian peminat selepas berlakon dalam filem Mission Impossible: Ghost Protocol.

Seydoux, 26, pernah muncul dlm beberapa filem seperti Robin Hood, satu adegan dengan pelakon Owen Wilson dalam filem Midnight at Paris dan lebih kerap dalam filem Perancis.

Mission Impossible: Ghost Protocol merupakan kejutan kepadanya kerana ia merupakan filem aksi pertamanya.

"Saya tidak biasa membuat aksi seperti itu, jadi saya banyak melatih melakukan aksi tinju dan menembak pistol," katanya.

Aktres itu juga mengakui tertarik dengan lakonan Tom Cruise dalam filem itu.

Lea Seydoux:Mission Impossible: Ghost Protocol

Lea Seydoux pegang watak penjahat, Sabine Moreau, seorang pembunuh dalam filem tersebut.

Seydoux yang merupakan cucu kepada Seydoux Jerome, Pengerusi syarikat perfileman Pathe dan cucu saudara perempuan kepada Nicolas Seydoux, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perfileman Gaumont, mempunyai latar belakang filem istimewa.

Ayah Lea Seydoux adalah seorang pakar komputer yang tidak terlibat dalam industri perfileman.

Pelakon Perancis Lea Seydoux ini memang berbakat dan cantik. Tentu lebih ramai peminat di Malaysia setelah menonton Mission Impossible: Ghost Protocol.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top