Pelakon Sharnaaz Ahmad akui tertarik dan selesa berkawan rapat dengan Shila Amzah kerana penyanyi itu memiliki kriteria-kriteria wanita idamannya yang layak dijadikan sebagai calon isteri.

Sharnaaz berkata, hubungan akrab yang dijalinkan sejak terlibat dalam klip video “single” lagu penyanyi itu, Patah Seribu, turut direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Shila Amzah-Sharnaaz

"Baik daripada pihak keluarga Shila mahupun keluarga saya, mereka menerima perhubungan akrab ini dengan baik tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta tau.

"Masih terlalu awal untuk menjalinkan hubungan itu (cinta) kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri dalam mengejar impian kami. Tambah pula Shila masih muda dan semestinya banyak perkara yang perlu dia laksanakan untuk mengumuhkan kerjaya nyanyiannya itu," katanya yang ditemui pada pelancaran drama Bicara Hati di Ampwalk, di sini, Khamis.

Tambah Sharnaaz, hubungan akrab antaranya dan Shila timbul kerana anak kepada penyanyi ND Lala itu memiliki karakter yang sama dengannya iaitu seorang yang 'gila-gila' tetapi berfikiran jauh mengenai perancangan masa hadapan.

"Walaupun berada di bidang yang berbeza, matlamat kami adalah sama. Apabila saya bercerita tentang keterujaan saya dalam lakonan, dia pula berkongsi cerita tentang kerjayanya itu dan saya lihat kami begitu serasi," ujarnya.
Shila Amzah

Beritahu pelakon yang ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum usia 30 tahun itu, dia dan Shila belum pernah keluar berdua-duaan sebaliknya mereka sering ditemani ibu atau salah seorang daripada keluarga Shila.

Sharnaaz juga kagum dengan cara didikan yang diterima Shila yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan.

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top