Rancangan TV istimewa sempena Tahun Baru 2012 di TV3

Pearl Screen: Ip Man, Isnin, 26 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Penaklukan Jepun di tanah China pada tahun 1937 memberi kesan kepada semua penduduk terutamanya penduduk Foshan, selatan China. Rumah salah seorang guru seni bela diri iaitu Ip Man telah digeledah dan dia sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut. Ketika penjajahan Jepun ini, penduduk tempatan harus menewaskan askar Jepun di dalam latihan bela diri untuk mendapatkan semangkuk nasi. Tindakan Jeneral Miura ini membangkitkan kemarahan penduduk tempatan.

Melodi Terhangat – Selasa, 27 Disember, 6.00petang
Ikuti 10 kontroversi yang menjadi bualan hangat sepanjang tahun 2011! Antaranya kisah dua pelakon jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish, pelakon dan pengarah drama “Asmara”, Faezah Elai dan Heykal Hanafiah, cinta Shahz Jaszle dan Maria Farida serta perang Twitter Azwan Ali.

Fuhhh! Terbaik – Selasa, 27 Disember, 11.00malam
Sinopsis: Episod khas ini akan mengimbas kembali fesyen-fesyen artis tanah air di majlis-majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu 25, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin 2011. Selain itu, muzik video terbaik untuk tahun 2011 dan aktiviti tanggungjawab sosial artis turut dipaparkan

3 Idiots – Selasa, 28 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Farhan Qureshi, Raju Rastogi dan Rancho merupakan pelajar kejuruteraan dan berkongsi kediaman di Kolej Kejuruteraan Imperial. Farhan mengambil jurusan ini kerana permintaan ayahnya sedangkan dia mahu menjadi jurugambar, Raju pula bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan Rancho kerana kegilaannya terhadap mesin-mesin.

Mega Movie: Wanted – Jumaat, 30 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Wesley Allan Gibson, seorang kerani yang melalui rutin hidup yang membosankan. Wesley selalu dihina oleh bosnya manakala kekasihnya curang di pejabat. Suatu hari, Wesley bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Fox yang menyampaikan berita bahawa ayahnya merupakan seorang pembunuh profesional dari kumpulan “Fraternity” dan telah dibunuh oleh Cross, yang membelotkan kumpulan “Fraternity”

Gelombang 2011 – Sabtu, 31 Disember, 5.00petang
Sinopsis: Gelombang 2011 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendominasi tajuk utama sepanjang tahun 2011. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial. Antara yang dipaparkan; tsunami Jepun, tragedi tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, kemelut negara Arab, perkahwinan DiRaja Putera William dan Kate Middleton, perletakkan jawatan oleh Misbun Sidek

Cerekarama: Aduh Sayang, 31 Disember, 9.00malam
Sinopsis: Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Istimewa Maher Zain, 1 Januari, 6.00petang
Sinopsis: Kenali Maher Zain secara lebih dekat lagi melalui temu bual eksklusif dan ikuti persembahan istimewa beliau ketika Konsert Maher Zain di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Jatuh Cinta, 1 Januari, 9.00malam
Sinopsis: Manisah tinggal bersama ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan hidup secara sederhana. Dia sentiasa membantu keluarganya untuk menyara hidup. Badrul, pengasas syarikat terkenal merupakan seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya bernama Tasha. Manisah bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan tidak pernah keluar dari kampungnya. Ayahnya mahukan Manisah gembira dan berharap dia akan berkahwin dengan seorang yang kaya.

Barbie Princess Charm School, 2 Januari, 9.00pagi
Sinopsis: Barbie sebagai Blair Willows, seorang gadis yang setia menjaga ibu dan adiknya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Bagi mengubah nasib keluarganya, Blair membuat keputusan drastik menyertai Princess Charm School dengan harapan dapat menjadi Kerabat DiRaja suatu hari nanti.

Slumdog Millionaire, 2 Januari, 5.00petang
Sinopsis: Mengisahkan tentang Jamal Malik, berusia 18 tahun, anak yatim berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang bakal melalui perubahan terbesar di dalam hidupnya. Seluruh negara sedang menonton keajaiban Jamal yang hanya perlu menjawab satu sahaja soalan lagi sebelum memenangi 20 juta rupees di dalam rancangan “Who Who Wants To Be A Millionaire?”. Seluruh negara dikejutkan dengan penahanan Jamal kerana didakwa menipu

Pearl Screen: Armour Of God, 2 Januari, 10.00malam
Sinopsis: Jackie pernah bersama Alan dan Laura di dalam sebuah kumpulan muzik sebelum dia dibuang. Namun, Alan kembali mencari Jackie untuk meminta bantuan selepas Laura diculik. Jackie mencuri salah satu pedang lagenda yang terkenal dengan nama “Perisai Tuhan” (Armour of God) dari sekumpulan puak Afrika.

Kredit to Budiey

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top