Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemilihan ketiga-tiga selebriti tersebut, yang merupakan pengacara popular serta disenangi pelbagai golongan masyarakat adalah bagi membantu mempromosi amalan cara hidup sihat serta mencegah penyakit denggi serta penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD).
"Penglibatan mereka dalam aktiviti promosi kesihatan diharap mampu menarik minat komuniti setempat, khususnya golongan remaja untuk turut sama mengamalkan cara hidup sihat dan membanteras denggi. Mereka tidak akan bercakap dari segi teknikal penyakit tetapi lebih memfokuskan kepada masalah tingkah laku yang berkaitan gaya hidup.
"Selaku duta kesihatan, mereka juga akan bekerjasama dengan pasukan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) yang sedia ada di peringkat lokaliti dan membantu menggerakkan penyertaan masyarakat secara kolektif dan menggerakkan komuniti untuk mengamalkan tingkah laku yang berkekalan sehingga menjadi satu budaya hidup,” katanya pada majlis memperkenalkan duta-duta tersebut. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan