Tidak akan ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan kerana pasangan ini memilih untuk bernikah terus.
Ibu Lisa Surihani berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan mengenai siapa pilihan anak gadisnya itu dan membiarkannya memilih lelaki yang dirasakan sesuai untuk dijadikan suami.
"Sudah tentu saya gembira dengan perkahwinan anak saya selain menganggap Yusry adalah seorang lelaki yang baik dan saya merestui perkahwinan ini," ujarnya.
Manakala desas-desus mengatakan Astro akan membuat liputan majlis perkahwinannya belum diputuskan kerana tiada sebarang perbincangan dibuat.
0 ulasan:
Catat Ulasan