Sinopsis telefilem Imam

Ia mengisahkan Salahuddin yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar Mesir dilantik sebagai Imam oleh Majlis Agama Islam Negeri di kampung kelahirannya. Perwatikahan itu mengundang kontroversi oleh mereka yang begitu memandang rendah akan kebolehan dan kelayakan Salahuddin.

Segala tindak tanduk Salahuddin sentiasa menjadi isu yang mengundang keaiban. Yang lebih memeritkan adalah tomahan dari sekumpulan pengamal ajaran sesat yang sentiasa merasakan diri mereka betul dan lebih memahami Islam berbanding Salahuddin.

Lebih-lebih lagi dari Pak Deraman yang sebelumnya melantik dirinya sendiri sebagai Imam kampung setelah ayah Salahuddin, Imam yang sah lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Pak Deraman mendapat sokongan daripada sekumpulan puak yang taksub dengan kehebatan diri mereka dalam amalan keagamaan. Yang sebenarnya mereka adalah pengamal ajaran sesat yang baharu saja mahu bertapak di kampung tersebut.

Berbagai cara dilakukan mereka termasuk menghasut orang kampung memulaukan Salahuddin sebagai Imam.

Mampukah dia meyakinkan orang kampung? Apakah pula penghujung cerita bagi Salleh dan berjayakah kebenaran menyatukan cintanya bersama Balqis?

Pelakon Imam : Ezany Nizariff, Sheera Iskandar, Ajak Achika, Riz Amin, Josie Khoo dan Ben Kenobi.

Jangan lupa saksikan kisah menarik sarat pengajaran ini melatari telefilem Imam yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 30 Disember 2011, jam 10.30 pagi menerusi TV1

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top