Noh Salleh,vokalis kumpulan Hujan, akan berlakon dalam filem kedua pengarah kontroversi, Namawee, berjudul Hantu Gangster.

Kata Namawee, dia begitu teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan vokalis tersebut dan menganggap ia satu penghargaan besar buat dirinya kerana sudi menerima tawaran menjayakan filem yang diterbitkan oleh Fred Chong itu.

"Saya selalu kagum dengan kehebatan karya muzik Hujan. Saya percaya, kemunculan Noh pasti ditunggu-tunggu ramai kerana filem ini merupakan penglibatannya yang pertama ke layar perak.

Noh Salleh,Noh Hujan

"Menarik lagi, Hujan juga akan tampil dengan sebuah lagu tema Hantu Gangster," katanya.

Sinopsis Filem Hantu Gangster
Filem komedi seram ini mengisahkan tentang tiga kumpulan gengster dari latar belakang budaya yang berbeza, berganding bahu dalam mempertahankan keluarga mereka, melalui bantuan seorang pencuri.

Pelakon Filem Hantu Gangster : Noh Hujan, Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taijuddin Bakar, Dennis Lau dan beberapa pelakon tambahan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top