Program realiti kumpulan tarian jalanan, Showdown 2012 akan kembali menghangatkan undustri hiburan tempatan.

Setelah mencapai beberapa kejayaan dan yang terbaru, memenangi anugerah Program Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2011, terbukti rancangan ini masih releven dalam mencungkil bakat penari jalanan tempatan.

Penolong Penerbit, Ganesh V berkata, objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.

"Biasanya masyarakat memandang negatif terhadap tarian jalanan tetapi sebenarnya ia adalah suatu aktiviti yang sangat berfaedah.

"Bukan sahaja sebagai suatu bentuk aktiviti riadah tetapi sebenarnya bidang ini juga mampu dijadikan sebagai suatu karier yang serius bagi mereka yang benar-benar meminati bidang tarian.

"Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyediakan suatu platform kepada anak-anak muda kita yang berbakat dalam bidang ini," katanya yang ditemui pada sesi ujibakat rancangan tersebut, baru-baru ini.

Ujibakat Showdown 2012

Showdown 2012 tahun ini menjelajah ke tiga lokasi ujibakat bagi mencari kru penari jalanan yang berbakat untuk diketengahkan di Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Pembaharuan yang dilakukan untuk musim terbaru ini ialah sesi ujibakat juga telah diadakan secara atas talian bermula 1 hingga 21 November lalu.

Ganesh menambah, ujibakat atas talian ini diadakan adalah bagi memudahkan kru yang berminat menyertai rancangan ini kerana mereka tidak perlu datang jauh semata-mata untuk sesi ujibakat.

"Dengan konsep ini juga, kru boleh menghantar kiriman video aksi mereka yang dirasakan terbaik berbanding semasa ujibakat secara langsung," tambahnya.

Secara keseluruhannya, Showdown 2012 telah menerima penyertaan daripada lebih 80 peserta seluruh negara tetapi juri tetap, Joe Flizzow dan Maple Loo hanya memilih 28 kru yang dirasakan benar-benar layak untuk ke peringkat Battle.

Peringkat Battle telah diadakan pada 19 Disember lalu dimana hanya 21 pasukan yang tinggal layak meneruskan perjalanan mereka ke peringkat seterusnya iaitu Meltdown.

Sesi Meltdown ini akan bermula pada Januari 2012 dimana peserta akan cuba mendapatkan tempat untuk mengisi 12 slot bagi kru tarian terbaik sebelum peringkat Dance Off yang bakal dipesersembahkan secara langsung di hadapan juri dan penonton.

Selain dua juri tetap yang dikekalkan buat musim terbaru ini, rancangan yang telah memenangi Program TV Popular di Shout! Awards 2010 ini turut mengekalkan hos yang juga penyampai radio Fly.Fm, Hafiz Hatim.

Rancangan ini akan mula bersiaran secara langsung bermula 4 April 2012, setiap Rabu, 9.30 malam di saluran 8TV.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top