Filem Ombak Rindu telah berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan.

Kutipan Ombak Rindu tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu.

"Setakat ini kutipan Ombak Rindu ialah RM 10 juta yang mana melebihi sasaran awal kami iaitu RM6 juta.

"Saya jangkakan mungkin boleh mnecapai RM14 juta kerana tayangan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas tarikh wajib tayang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Sharad turut berkata pihaknya akan menyediakan ganjaran atau bonus kepada pelakon dan krew produksi sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.

"Pihak kompeni sudah tentu berbangga dengan kejayaan filem ini dan semamangnya telah merancang untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat," katanya.

Filem Ombak Rindu

Selain itu, Sharad berkata, selepas kejayaan filem adaptasi Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan tahun lalu,Tarantella Pictures akan terus menerbitkan filem yang diadaptasi novel.

“Kejayaan dua filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak setan, Tarantella Pictures akan muncul dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki tulisan Ahadiat Akashah dan Lagenda Budak Setan 2," katanya.

Katanya, filem Ombak Rindu akan dihantar untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012

Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.

Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.

~ Mstar

2 ulasan:

  1. Filem ombak rindu ok..tapi pd pendapat sy org Malaysia seharusnya ada kesedaran dari segi penilaian tentang kualiti sesuatu filem..bagi saye bnyk kekurangan mengenai filem ombak rindu ni...sy lebih suke filem y b'corakkan realiti kehidupan macam filem yasmin ahmad, pengarah songlap n kami the series dan bukannya filem cinta yang sampai x logik akal..kejayaan ombak rindu hanya berdasarkan novel dan pelakon2 y top dan bukannya jln cerita...kalau nk bwk filem ni ke peringkat antarabangsa lebih baik jgn...baik berfikir dulu dan bukannya bersandarkan pada kutipan shj..minta maaf kalau ada yang tersinggung..tapi tu hanyalah personal view shj....

    BalasPadam
  2. saya tak setuju dengan pandangan yang mengatakan ombak rindu tiada kualiti. saya menontonnya tanpa taksub kerana bukan peminat mana2 pelakon utamanya dan bukan pembaca novel alaf 21. tetapi ini antara filem melayu yang menepati citarasa org malaysia. kdg2 pengarah dalam membuat filem lupa untuk meletak kepentingan pelanggan daripada kemahuan diri sendiri. mmg pengarah membuat filem dengan kreativiti masing2, dan menganggap ia 'berkualiti'.. tetapi filem yang bagus bukan bersandar pada maksud 'kualiti' yang digariskan oleh pengarah, atau industri itu sendiri. filem berkualiti apabila cerita filem itu dapat dihayati dan 'kena' pada jiwa yang menonton. filem itu juga perlu membawa identiti filem melayu, termasuk dari semua aspek, baik atau buruk. ombak rindu mempunyai semua aspek tersebut. insyallah boleh berjaya di peringkat antarabangsa.

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top