Akhbar Kosmo dan Harian Metro hari ini melaporkan, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.
Namun yang lebih mendukacitakan pelakon filem Kongsi itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalah guna sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya
Fizo menceritakan, ianya bermula sekitar tahun 2008 sebelum dia menceburi bidang lakonan. Ketika itu, dia dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.
Namun pada penghujung tahun yang sama, dia keluar daripada syarikat tersebut kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehinggalah bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman.
Menurut pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu, selepas dia keluar dari syarikat tersebut, namanya terus digunakan syarikat tersebut sebagai penjamin untuk membuat pinjaman yang lebih besar tanpa pengetahuannya.
Fizo mendakwa, syarikat tersebut cuba membuat pinjaman berjumlah RM8 juta namun hanya sekitar RM2 juta telah diluluskan oleh pihak bank dan Fizo menegaskan yang dia langsung tidak tahu menahu mengenai pinjaman itu. Dia juga tidak menerima sebarang dokumen mengenai pinjaman terbabit.
Fizo kemudian cuba menghubungi syarikat terbabit untuk berbincang dan mendapat penjelasan sebenar namun sehingga sekarang dia tidak mendapat kerjasama yang baik malah syarikat tersebut juga tidak wujud lagi.
Fizo kini mengambil langkah untuk bertemu dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di atas kes yang menimpanya.
~ Gua
0 ulasan:
Catat Ulasan