Sinopsis Filem Cinta Kura Kura

Cinta Kura-Kura mengisahkan Nina, gadis berusia 21 tahun memelihara seekor kura-kura daripada spesies terancam diberi nama Nico.

Uniknya, haiwan peliharaan Nina boleh berkomunikasi dengan manusia. Apabila berpindah ke rumah abangnya, Amin, Nina berkenalan dengan Adam. Dalam diam Adam jatuh cinta dengan Nina tetapi Nico tidak suka jejaka itu.

Nico berusaha mensabotaj usaha Adam mendekati Nina kerana merasakan Fadzly yang bertugas sebagai pengurus kedai haiwan lebih sesuai untuk Nina. Di luar pengetahuan Nico, Fadzly sebenarnya ada agenda tersembunyi.

Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagianimasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Pelakon Filem Cinta Kura Kura :

Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8.

Poster Cinta Kura-Kura

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top