Diandra Arjunaidi merupakan nama baru dalam industri muzik Malaysia. Namun, bakat besar yang dimiliki oleh gadis yang cukup pemalu ini mampu bersaing dengan nama-nama besar dalam industri.
Diandara Arjunaidi dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Meminati muzik sedari kecil, dia mula menjinak-jinakkan diri dengan bermain gitar pada usia 14 tahun dan menulis lagu. Diandra turut mengikuti kelas vokal sehingga usia 15 tahun.
Telah banyak menulis lagu-lagu Bahasa Inggeris, Diandra kini mula menulis beberapa lagu Melayu untuk diterima masuk ke dalam industri arus perdana dan telah menerbitkan lagu bertajuk 'Angkasa'.
Muzik Diandra mula dikenali ramai selepas video nyanyiannya dihebahkan oleh Arabyrd melalui Twitter dan selepas itu dia dijemput membuat persembahan di Moonshine Series' 4th Anniversary oleh Reza Salleh. Gadis cantik ini kemudian banyak membuat persembahan di Laundry Bar, No Black Tie bersama nama-nama besar yang lain seperti Najwa dan Liyana Fizi.
0 ulasan:
Catat Ulasan