Nadhira Nisha Shamsuddin adalah penyanyi baru industri hiburan negara yang memilih hip hop dalamse pilihan irama muziknya.

Nadhira Nisha

Nadhira sudah banyak merantau di negara orang. Sebelum ini Nadhira pernah tinggal di United Kingdom, Indonesia dan Brunei. Pengalaman berada di negara asing banyak mengajarnya untuk menghargai Malaysia.

“Saya memilih untuk mengembangkan muzik di sini kerana percaya akan lebih dekat dengan peminat.

“Walaupun masih baru di dalam industri ini, saya percaya muzik Hip Hop yang dibawa ini mampu diterima ramai,” katanya.

Mempunyai dua album hasil usahanya sendiri, menurut Nadhira ini merupakan bukti kukuhnya dalam menyatakan kesungguhannya untuk dikenali sebagai penyanyi di negara ini.

“Untuk album pertama saya yang bertajuk From Malaysia With Love, saya lebih banyak bereksperimen, namun untuk album kedua pula saya tampil lebih matang.

“Bagi menambahkan kelainan untuk album kedua ini saya turut menyiapkan sebuah lagu berbahasa Melayu untuk pendengar melayu saya,” katanya.

Nahira dipih menjadi juri untuk pertandingan nyanyian Twisties Superstarz Search anjuran Twisties.

“Sejujurnya saya dapat rasakan ini merupakan penghargaan buat artis baru seperti saya.

“Dan untuk itu saya akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya agar pertandingan Twisties Superstarz Search ini dapat mencari lebih banyak bakat baru di dalam industri kita yang semakin berkembang ini,” katanya.

Mengakui tugasnya sebagai juri bukan mudah, dia mahu kepercayaan ini meletakkan dirinya setapak lebih jauh di dalam industri ini.

“Selain saya, terdapat tiga artis lain yang akan turut sama menjadi juri iaitu JD dari kumpulan Pop Shuvit, Rahul (One Buck Short) dan Sasi the Don.

“Memandangkan umur saya masih lagi muda tentunya ia tidak mendatangkan masalah untuk menilai lagu-lagu segar yang dibawakan peserta pertandingan ini,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top