Sinopsis Sesuatu Yang Tertinggal

Filem seram Sesuatu Yang Tertinggal ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad ,Mona, Zakiah , Ashraf , Daud dan Murni yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.

Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona berubah sikap.

Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?

Pelakon Sesuatu Yang Tertinggal
Zahiril Adzim,Shera Aiyob,Sara Ali

Poster Sesuatu Yang Tertinggal

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top