RM219 ribu, itulah jumlah royalti yang diterima oleh penulis asal novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari sejak kali pertama novel ini dicetak pada tahun 2002. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Dato' Hussamuddin Yaacub ketika tampil memberi penjelasan sebenar sekaligus menafikan kenyataan Fauziah Ashari yang mengatakan beliau tidak menerima bayaran setimpal selepas karyanya diadaptasi ke layar perak.

“Di dalam kontrak yang ditandatangani oleh Alaf 21 bersama penulis, terdapat klausa yang membenarkan pihak penerbit melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis termasuk diadaptasi ke filem, pementasan, video atau apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada penulis.”


"Pada tahun 2009, Tarantella Pictures telah menyatakan minat terhadap novel Ombak Rindu dan Alaf 21 telah menjual hak menerbitkan filem itu kepada Tarantella Pictures dengan bayaran RM4 ribu dan Fauziah menerima RM1600 atau 40% daripada jumlah itu," ujar Datuk Hussamuddin di sidang akhbar yang berlangsung di Auditorium Karangkraf, Shah Alam pagi tadi.

Dato' Hussamuddin juga menambah, sikap Fauziah disifatkan sebagai tidak bersyukur dan patut berterima kasih kepada Alaf 21 kerana projek filem ini telah membantu melariskan kembali jualan buku yang kini sudah diulang cetak sebanyak 40 ribu naskah.

Source: Media Hiburan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top