Siri animasi Pada Zaman Dahulu telah memulakan tayangan di saluran TV AlHijrah selain memasuki pasaran Indonesia iaitu disiarkan di stesen MNCTV.

Bersiaran sebanyak 12 episod, Pada Zaman Dahulu kini menemui penonton cilik di Zon Aulad saluran TV AlHijrah setiap hari Sabtu pukul 8.30 malam.

Siaran ulangan pula akan disiarkan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 5.50 petang.

Pada Zaman Dahulu mengisahkan gelagat Aris dan adiknya Ara yang cuba menyesuaikan diri di kampung berikutan kedua-dua orang tua mereka bertugas di luar negara. Aris dan Ara tinggal bersama datuk mereka, Aki.

Sebagai seorang datuk yang mengasihi cucu-cucunya, Aki sedaya upaya cuba menghiburkan dan mendekati mereka dengan teknik penceritaan yang menarik serta lucu.

Siri animasi Pada Zaman Dahulu

Di sinilah pelbagai kisah Sang Kancil dan rakan-rakannya seperti Sang Harimau, Sang Tupai, Sang Kerbau, Sang Gajah dan Sang Monyet dipersembahkan.

Siri animasi yang ditayangkan dalam slot baharu stesen televisyen AlHijrah, iaitu Zon Aulad, sesuai dengan sasaran golongan kanak-kanak.

Zon Aulad antara lainnya mempunyai tarikan warna-warni dan ada mesej yang membina sahsiah anak-anak daripada prapersekolahan hingga peringkat remaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top