Berkongsi mengenai pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh beliau sepanjang mengikuti pasukan Askar Wataniah Rejimen 515 sejak awal tahun ini, David memberitahu, “Banyak pengalaman dan cabaran yang saya lalui. Antara cabaran yang paling besar ialah nak bangun tidur awal.
“Mula-mula saya rasa sakit kepala sebab tak cukup tidur, namun selepas seminggu, saya dah biasa. Saya juga kena lari sejauh 2.6 kilometer serta belajar kawad. Paling seronok, saya dapat belajar cara membaca kompas, peta, cara mengemas katil dan juga memegang M16.”
Kenaikan pangkat Mejar ini adalah satu penghargaan buat David Teo dan beliau akan gunakan untuk terus memupuk minat masyarakat untuk menyertai askar Wataniah dan memberi simbolik bahawa penyertaan dalam askar wataniah adalah sangat seronok dan menghiburkan.
So, sesiapa nak ikut jejak langkah David Teo yang memang sporting ni, silalah join Askar Wataniah bagi berkhidmat untuk negara!
mudahnya dapat pangkat..pegawai sukarela lain dianaktirikan pula..mentang-mentang la artis..ni la agenda kerajaan
BalasPadam