Sinopsis Drama Bersiri Metafora, TV2

Metafora mengisahkan konflik yang berlaku dalam diri Hafizi yang membawa diri ke sebuah kampung tempat lokasi di mana berlakunya kejadian kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang. Kehadirannya di kampung itu disambut baik pemilik homestay tempatnya menginap, Haji Isa yang terkenal dengan keramahan dan tinggi ilmu agama. Situasi itu membuatkan Hafizi selesa dalam meneruskan misi menunaikan wasiat ibunya.

Kehadiran Hafizi kurang disenangi oleh Haris yang menganggap Hafizi mahu merebut kekasihnya, Azura yang juga anak kepada Haji Isa. Namun hakikatnya Azura tidak menyenangi sikap Haris yang suka berpoya-poya.

Sementara itu kawasan kampung mereka dihantui dengan kejadian-kejadian aneh yang kemudiannya menarik perhatian Amir, pemuda dari bandar untuk menerbitkan sebuah dokumentari tentang kejadian kapal terbang terhempas yang sebenarnya berpunca daripada rampasan kapal terbang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai konflik berlaku di mana Andy Wong dan ibunya diburu Robert Chow, rakan kongsi mendiang suaminya yang mendakwa mereka menyembunyikan wang kongsi yang dibawa ketika nahas berlaku. Junaidi yang merupakan anak kepada isteri kedua Dato’ Samad yang juga mangsa nahas juga menyimpan dendam kerana ibu tirinya membolot harta peninggalan arwah ayahnya. Kemuncaknya dia yang berkawan baik dengan Haris yang cemburukan Hafizi mereka-reka cerita bahawa ayah Hafizi sebenarnya penjenayah yang cuba merampas kapal terbang sewaktu kejadian berlaku.

Di situ juga muncul Ghani, seorang wartawan yang menjadi saksi penting ketika berlakunya kejadian nahas 30 tahun lalu itu. Ghani meneruskan usahanya untuk menerbitkan sebuah buku bertajuk Tragedi Tanjung Kupang berdasarkan pengalaman dan bukti-bukti yang diperolehinya semasa membuat liputan kejadian.

Usaha diteruskan Amir berhasil apabila dokumentari itu berjaya disiapkan atas bantuan Ghani. Malah ia juga berjaya membongkar kebenaran bahawa wang yang disangkakan Robert Chow dibelot oleh Andy Wong sebenarnya telah bertaburan ketika nahas berlaku hingga salah seorang daripada orang kampung yang mengutipnya telah disahkan gila kerana mengambil duit itu.

Keberanian juga berjaya dibuktikan apabila mereka mendapati ayah Hafizi bukanlah penjahat yang dimaksudkan. Malah Taha yang bertanggungjawab mencuri cincin daripada mayat ayah Hafizi juga memulangkan cincin tersebut yang diwasiatkan ibunya untuk menjejak semula keluarga sebelah ayahnya yang berada di Jepun.

Namun apakah halangan yang terpaksa dihadapi oleh Hafizi? Dapatkah dia menjejak semula keluarganya di Jepun? Bagaimana pula kesudahan cinta Azura dan Haris?

Pelakon Metafora: Aqasha ,Kazaruddin Saisi, Abu Bakar Juah, Fauziah Nawi, Almy Nadia, Anne Abdullah, Mahmud Ali Basha, Kenji Sawahi dan Jessie Lim

Drama bersiri Metafora mengisi slot Galeri Famili mulai 28 Disember 2011, Isnin hingga Rabu, 2.30 petang di TV2.

Poster drama Metafora

Kredit: Budiey

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top