Apa perasaan anda apabila melihat dua mayat anak kesayangan terkujur kaku di hadapan mata? Bagaimana pula jika anda adalah saksi tragedi ngeri, namun tiada daya untuk berbuat apa-apa?
Itulah antara intipati rancangan terbaru TV9, Saksi Maut. Seperti namanya, Saksi Maut memaparkan saksi-saksi yang menceritakan saat mencemaskan ketika terjadinya sesebuah tragedi sedih dan mengerikan. Rancangan Saksi Maut ini bermula 31 Januari, jam 10 malam.
Rintihan dan gerak badan daripada mereka yang menyaksikan kejadian ini dapat ditonton melalui rancangan majalah yang bakal ke udara tidak lama lagi. Malah Saksi Maut ini turut menyelami perasaan dan semestinya akan membuat penonton di rumah merasai apa yang dirasai setiap saksi.
Episod pertama, Dua Beradik Lemas Mandi Laut menceritakan kembali saat-saat cemas keluarga Mohd Fauzi Aliuddin apabila dua anak lelakinya lemas di Pantai Desaru, Johor pada bulan lalu.
Selain pengalaman daripada ahli keluarga, kru Saksi Maut turut menemuduga mereka yang menyaksikan kejadian ombak besar yang tiba-tiba memukul kawasan mereka mandi dan menggulung dua beradik itu ke laut.
Keadaan laut bergelora dengan ombak besar menyebabkan orang ramai yang bersimpati terhadap keluarga berkenaan hanya mampu melihat dan tidak mahu mengambil risiko turun ke laut kerana bimbang turut menjadi mangsa.
Antara tragedi-tragedi lain yang turut diselitkan dalam Saksi Maut adalah Kemalangan Maut Batu 4, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan Remaja Maut Dipanah Petir.
Untuk membongkar dengan lebih lanjut kisah-kisah benar ini, mari kita tonton Saksi Maut jam 10 malam bermula 31 Januari 2012.
tolonglah msukkan full download eps 1 saksi maut ini..saya prlukannya sngt2..sye x dpat menonton di tv..arwah adalah org yg sngt sye syg...tlong sye!
BalasPadampurplez_art94@yahoo.com
amalina halim (fb)
Episod ini sedang diulang tayang di tv9 skrg
BalasPadam