Sitkom New Girl
Bermula 1 Disember ini, ntv7 akan membawakan sebuah sitkom menarik berjudul 'New Girl' yang bakal menghiburkan penonton dengan jalan cerita yang mencuit hati mengenai seorang gadis yang kini dalam usaha mengubah nasibnya.



'New Girl' yang mengisahkan Jessica “Jess” Day seorang guru sekolah rendah yang mencari permulaan baru dalam hidupnya setelah gagal dalam percintaan.

Jess lakonan Zooey Deschanel sebelum ini telah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Komedi di Critics’ Choice Television Awards dan dinamakan sebagai Pelakon Wanita Kegemaran dalam TV Guide Awards membawakan watak seorang gadis periang, optimis, lucu naïf, baik hati, dan suka berimaginasi.

Jess yang menyangka telah mempunyai kehidupan yang amat sempurna namun akhirnya dikecewakan kekasihnya. Bagaikan menerima tamparan hebat, Jess kini terpaksa mencari kediaman baru bagi melupakan segala kenangan pahit bagi meneruskan kehidupan.

Cukup beranikah Jess untuk mengubah hidupnya? Nantikan New Girl yang akan ditayangkan bermula 1 Disember ini pada setiap Sabtu, jam 11.30 malam di Saluran Ceria Anda, ntv7.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top