Sinopsis Adik Manja Returns

Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut.

 Adakah Cikgu Azmi berjaya membentuk perilaku pelajar nakal itu?

 

 Filem ini masih sama dengan Adik Manja yang dulu yang mengekalkan aksi komedi ringan.

 Kalau nak tahu kena tunggu filem ini ditayangkan nanti. Adik manja Returns pasti boom. Sekarang zaman orang menyukai sesuatu yang ada kaitan dengan masa lalu. Lagu-lagu lama juga masih boleh popular, jadi tak mustahil filem ini akan mampu menarik perhatian penonton. Dharma pasti ada cara untuk mengembalikan nostalgia dan memastikan peminat sekarang boleh menerima filem tersebut apabila ditayangkan nanti.

Filem ini turut menampilkan Maria Tengku Sabri, Ezlynn, Usup Wilcha, Norlia Ghani, Jegan, Along & Azrul Cham, Kumpulan HMC Phlow dan Kumpulan Rokusteps.

   

Adik Manja Returns Synopsis

Adik Manja Returns  is the long-awaited sequel to the successful "Adik Manja" directed by Othman Hafsham. The story still revolves around the misbehaviour of the female students in a private institution, which has now been taken over by the daughter of the previous headmaster, Pengetua Sofia (Rozita). However, Sofia is unable to control the discipline problems that plague the institution, so she resorts to seeking Azmi (Dharma Harun Al Rashid), something that her late mother advised her to do should she face those problems. Apparently, two rival dance groups known as Shuffle and Hip Hop, which are led by queen bees Bib and Su, respectively, are stirring up trouble among the other students.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top