Larry Hagman meninggal dunia

Pelakon Larry Hagman yang popular dengan watak J.R. Erwing dalam drama televisyen bersiri, Dallas pada 1980-an, meninggal dunia semalam.

Menurut kenyataan ahli keluarga pelakon itu, Hagman, (gambar) 81, meninggal dunia di Dallas akibat komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya.

Pelakon itu dikesan menghidapi kanser hati pada 1995 dan menjalani pemindahan organ tersebut untuk merawat penyakit berkenaan.


Sebelum popular dengan watak Erwing itu, Hagman turut popular dengan watak Kapten Tony Nelson dalam drama komedi, I Dream Of Jeannie pada 1965 hingga 1970. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top