Cuma sebab sesi raptainya tidak berjalan lancar, Pink menyuarakan untuk membunuh penata bunyi yang mengendalikan sesi berkenaan.
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Blow Me (One Last Kiss) itu hampir hilang akal dan terus meninggalkan pentas apabila sesi 'soundcheck' hancur sewaktu berlatih untuk siri jelajahnya, The Truth About Love Tour.
Bagaimanapun, Pink kembali tenang dan menangani emosinya selepas membaca buku memoir mengenai penyanyi terkenal, Carole King yang berjudul A Natural Woman.
"Saya terpaksa meninggalkan raptai lebih awal kerana terlalu bengang dengan sesi 'soundcheck' yang teruk. Sehinggakan masa itu terlintas di fikiran untuk membunuh saja penata bunyi yang bertugas.
"Bagaimanapun, sewaktu membaca novel berkenaan, Carole juga ada menulis mengenai pengalamannya berhadapan situasi sama namun dia ada cara untuk mengendalikannya," katanya kepada majalah People.
Pink yang baru bergelar ibu kepada bayi perempuan, Willow hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Carey Hart, bakal memulakan siri jelajah berkenaan pada 13 Februari tahun depan dan destinasi pertamanya adalah di Phoenix.
Siri jelajah bintang pop berusia 33 tahun itu dijadualkan berlangsung selama lapan bulan dan akan singgah 17 negara sebagai promosi kepada album terbarunya yang keenam, The Truth About Love.
Walaupun masih lagi berteka-teki apa yang bakal dipersembahkannya kepada peminat nanti, Pink menjanjikan konsertnya pasti hebat dengan pentasnya lebih gah berbanding siri jelajahnya pada 2010 menerusi Funhouse Summer Carnival Tour.
"Saya perlu muncul dengan sesuatu yang lebih mencabar dan ada terfikir untuk membakar diri di atas pentas nanti. Untuk jelajah itu, saya juga membuat kajian dan melawat beberapa kelab di Las Vegas," katanya, baru-baru ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan