Faizal Tahir mahu membantu rakyat Gaza.
Sebagai satu usaha membantu meringankan beban rakyat Gaza, penyanyi yang popular dengan lagu 'Antigraviti', Faizal Tahir seperti diketahui umum telah melelong trofi-trofi kemenangan miliknya.
Bukan satu atau dua, malah kesemua trofi yang pernah dimenanginya akan dilelong mengikut harga yang dibida. Paling menarik perhatian apabila salah satu trofi miliknya berjaya dijual dengan harga RM50,000.
Bersyukur dengan nilai yang diterima, Faizal mengesahkannya menerusi Twitternya dan akan mengumumkan pembeli trofi itu pada majlis khas Palestin, hari ini
0 ulasan:
Catat Ulasan