Sinopsis Penanggal

Penanggal menceritakan mengenai Murni, seorang gadis desa yang secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng.

Murni terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk mencari perlindungan. Bagaimanapun, rahsianya diketahui penduduk kampung dan mula didera oleh mereka sebelum diselamatkan oleh seorang lelaki Arab, Syed Yusof yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Lama.


Filem Penanggal merupakan filem seram klasik berlatar belakang era 1930-an. Filem ini menjadikan penanggal, makhluk seram berkepala tanpa tubuh sebagai subjek seram. Filem Penanggal mengetengahkan cerita mengenai ilmu penanggal yang wujud kalangan masyarakat.




Penanggal memulakan penggambaran pada 10 Disember 2011 dan tamat Januari 2012, filem Penanggal membariskan pembabitan pelakon hebat tanah air seperti Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman dan Latif Borgiba.

Mengangkat kisah menarik membabitkan manusia yang mengamalkan ilmu hitam, Penanggal juga menyaksikan penampilan istimewa biduanita tanah air, Datuk Sharifah Aini yang memegang watak sebagai Sharifah Aminah

Filem pertama terbitan usahasama dua penerbit besar perfileman di Malaysia Astro Shaw dan Grand Brilliance arahan Ellie Suriaty Omar.



Pelakon filem Penanggal:  Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Arifin, Fasha Sandha, Datuk Sharifah Aini, Kuswadinata, Latif Borgiba, Yuswaizar, Normah Damanhuri, Jeff Omar, Roslan Madun, Nadia Mustafar, Henzi Andalas, Ard Omar, Anne abdullah, Fauziah Nawi, Rozie Othman dan ramai lagi

Facebook Penanggal 2013: http://www.facebook.com/penanggal2013

Trailer filem Penanggal 2013


A naïve girl inadvertently inherits the penanggal curse from her guardian and wants desperately to be rid of it, until she starts tasting the power the penanggal accords to her, an otherwise ugly and simple girl with no chance at love or power in her life.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top