Asmidar Vokal Bukan Sekadar Rupa semakin cantik

Melihat dari segi penampilan, penyanyi yang lahir dari rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar dilihat semakin berseri dan pandai bergaya.

Ini kerana setelah 11 bulan berada di dalam dunia seni, banyak perubahan yang dialami dan pengalaman baru yang dikumpulanya.



Antara pencapaian yang paling membanggakan apabila dia telah diberi peluang membuat persembahan di depan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine atau Kate Middleton semasa kedatangan mereka ke Malaysia.

Walaupun begitu, terdapat gosip yang mendakwa dia menyutik wajah untuk kelihatan menarik.

Menerusi Malaysiadigest, Asmidar memberitahu, tidak sesekali melakukan perkara itu.

“Sebagai seorang yang datang dari program yang mempertaruhkan bakat bukan rupa tidak bermakna saya boleh mengabaikan penampilan saya.

“Saya akui tekanannya tetap ada. Saya hanya mahu nampak presentable setiap kali tampil di khalayak.

“Tapi saya tak suntik wajah atau ambil apa-apa pil. Mungkin sebab saya dah jumpa produk yang sesuai. Saya dah pakai sebulan lebih produk ni.

“Lagipun saya nak hidup dengan sihat,” katanya.

Selain penjagaan wajah dan badan, Asmidar juga memberitahu dia kini dalam proses belajar berfesyen.

Dalam perkembangan lain, Asmidar sedang dalam proses rakaman lagu untuk album sulungnya.

Album berkonsepkan Pop itu dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top