Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012
Pemenang Lagu Terbaik AIM19 sudah diumumkan!
Anugerah Lagu Terbaik - Patah Seribu - Shila Amzah

AIM19: Shila Amzah

Shila Amzah yang terharu atas kemenangannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang menyokongnya dan juga istimewa kepada cinta hatinya, pelakon Sharnaz.

Sambil berlawak, Shila mengatakan dia tidak pernah memenangi apa-apa anugerah di tanah air sendiri dan ini adalah anugerah solo pertamanya.

Senarai semua pemenang AIM19 Anugerah Industri Muzik 2012 sila  klik sini

Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012 sudah edisi ke-19 penganjurannya. Buat julung kalinya juga dua personaliti dan pengacara TV popular iaitu Aznil hj Nawawi dan Adibah Noor digandingkan sebagai hos bersama untuk malam AIM itu nanti manakala Dahlia Shazwan (On Air) dan juga Awal Ashaari bertindak selaku hos di ‘Karpet Glamor’.

Persembahan-persembahan eksklusif dari tempatan dan luar memeriahkan malam gala ini.

Semoga anugerah ini akan terus menuju kematangan sesuai dengan usianya.

Tahniah Shila Amzah!Tahniah kepada semua pemenang anugerah malam ini!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top