Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah memberitahu lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, berkata, dia berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam.

"Mengikuti kelas Usrah Fitrah telah banyak mengajar saya pelbagai perkara tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

"Dari situ juga saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat semasa dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan,"

Yatt juga merancang untuk menjelajah ke seluruh Institut Pengajian Tinggi Awan dan Swasta (IPTA/IPTS) bersama-sama ahli lain dalam Usrah Fitrah bagi berkongsi ilmu dan penghijrahan mereka dengan para penuntut universiti pada tahun hadapan.

Pelakon Yatt Hamah


Dalam pada itu, ditanya mengenai bidang lakonan, Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini.

Tambah Yatt, selain soal imejnya bertudung, dia juga lebih cenderung kepada watak yang dapat memberikan ilmu dan pengajaran kepada penonton.

"Saya masih lagi minat berlakon tetapi perlu ada batasan kerana peranan atau sesuatu watak itu perlu bersesuaian dengan imej saya yang bertudung dan batas saya sebagai isteri orang," jelasnya.

Sementara itu, Yatt memberitahu, dia bersyukur kerana perjalanan hidupnya kini semakin mudah dan rezeki bertambah apabila bukan sahaja dapat berlakon dan memenuhi program kerohanian tetapi menjadi model untuk busana muslimah.

"Alhamdulillah, saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Jiwa saya rasa tenang dan hidup rasa lebih lancar. Bila kita ikhlas berhijrah, Allah akan permudahkan jalan yang kita pilih," jelasnya.

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top