Sinopsis Filem Skyfall
Skyfall dibuka dengan babak mencemaskan apabila Bond bertarung dengan seorang musuh yang sangat licik di Istanbul. Babak yang mendebarkan itu disempurnakan dengan hebat sekali di atas gerabak keretapi yang sedang bergerak di satu lereng gunung. Dalam pergelutan itu, Bond tertembak selepas tembakan oleh itu dilepaskan oleh rakan setugasnya, Eve Moneypenny (Naomie Harris) - atas arahan terdesak M sendiri.


Seterusnya Bond dilaporkan 'mati' namun akhirnya muncul semula di depan M selepas beberapa lama memencilkan diri. Bond terpanggil untuk berjumpa M semula selepas melihat ibu pejabat majikannya, MI6, di tengah-tengah kota London, dibom pengganas.



M dalam keadaan berbelah bagi apabila melihat keadaan fizikal Bond yang terjejas akibat kecederaannya itu, tetap nekad memberikan tugasan terbarunya untuk memburu kumpulan pengganas itu yang diketuai Raoul Silva / Tiago Rodriguez (Javier Bardem).

Tugas Bond itu juga memaksa dia 'terbang' ke Shanghai serta Macau, China dan seterusnya kembali ke England dan akhir sekali menuju ke bumi Scotland. Namun dalam misinya dia dibantu oleh Q (Ben Whishaw) yang bijak dengan inovasi gajetnya.

Siapakah sebenarnya Silva dan mengapakah dia bertukar menjadi pengganas yang psiko, licik, pendendam dan tidak berperikemanusiaan? Semua jawapan itu ada untuk anda cari dalam Skyfall yang kini mula ditayangkan di pawagam berdekatan.

Skyfall diterbitkan Michael G Wilson dan Barbara Broccoli dengan bajet yang dianggarkan mencecah AS$150 juta (RM450 juta). Ia edaran Metro-Goldwyn-Mayer bersama Columbia Pictures.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top