Rezeki Anak Dalam Kandungan

Fasha Sandha menganggap anak yang dikandungnya sekarang memberikan tuah dan rezeki buatnya dan keluarga. Walaupun dia sudah berehat daripada sebarang aktiviti lakonan, namun dia mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada dua produk iaitu kecantikan dan barangan bayi.



"Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.

"Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar," katanya.

Tambah Fasha, tuah berkenaan turut dikongsi oleh suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu.

"Ini merupakan kemenangan yang bermakna sejak mendapat tempat ketiga pada tahun 2004 dan saya percaya kejayaannya itu dek kerana rezeki anak yang dikandungkan ini.

"Selain itu, anak ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah," tuturnya yang enggan mendedahkan jantina anak itu. ~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top