Sinopsis filem Breaking Dawn Part 2
Breaking Dawn Part 2 mengisahkan selepas kelahiran Renesmee, keluarga Cullens mengumpulkan kelompok puntianak lain dalam usaha mempertahankan kanak-kanak itu daripada dakwaan palsu, yang membawa mereka ke hadapan pengadilan Volturi.

Tahun lalu, Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 memaparkan kisah Bella Swan dan kekasihnya, Edward Cullen, akhirnya berkahwin selepas menempuh pelbagai halangan baik daripada suku puntianak dan serigala jadian.



Biarpun Bella, lakonan Kristen Stewart adalah manusia biasa dan Edward (Robert Pattinson) daripada puak puntianak, demi cinta sejati mereka sanggup bersatu.

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalahnya apabila Bella disahkan hamil, anak dalam kandungannya itu pula mesti digugurkan kerana ia boleh mengancam nyawa Bella.

Namun Bella enggan kehilangan bayi itu. Apabila dia berada di ambang kematian, Edward tiada pilihan selain menjadikan Bella puntianak sepertinya.

Kali ini percaturan mereka berdua sampai ke detik paling genting. Bella cuba menyesuaikan dirinya sebagai puntianak dan cuba melindungi anak mereka, Renesmee, daripada ancaman pihak musuh yang mahu membunuhnya.

Pada masa yang sama, seorang lagi kekasih hati Bella, Jacob, serigala jadian lakonan Taylor Lautner, sentiasa mengawasi gerak-geri Bella dan anaknya pada setiap masa.

Mampukah Bella, Edward, Jacob dan Renesmee berdepan semua ancaman yang datang?

Jawapan ini akan terungkai dalam episod akhir Twilight yang diadaptasi daripada novel terkenal tulisan Stephenie Mayer.

Malah lakon layar oleh Melissa Rosenberg dengan arahan Bill Condon ini pastinya akan membuatkan peminat filem tidak sabar-sabar mengetahui kesudahan ceritanya.

Filem terbitan Wyck Godfrey, Karen Rosenfelt dan Stephenie Mayer ini turut membariskan pelakon lain seperti Billy Burke, Peter Facinelli, Elizabeth Reaser, Kellan Lutz, Nikki Reed, Jackson Rathbone, Ashley Greene, Michael Sheen dan Dakota Fanning.


Filem: The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
Genre: Thriller, cinta, fantasi
Pengarah: Bill Condon
Pelakon: Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner
Tayangan: Mulai 22 November 2012

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top