Sinopsis filem Kahwin 5

Kahwin 5 berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik (dari Perak) yang berjaya, Dr K (Usop Wilcha) yang sudah memenuhi kuota 4 isteri dari 4 negeri berbeza iaitu Saadiah dari Selangor (Dian P Ramlee), Sahara dari Kelantan (Adrea Abdullah), Monalisa dari Negeri Sembilan (Norish Karman) dan Mimi dari Sabah (Marsha Milan).

Kehidupan mereka aman bahagia sehinggalah suatu hari, Dr K dipengaruhi Rahim, pemandu dan pembantu peribadinya untuk berkahwin seorang lagi. Dr K mula terbabit dalam skandal bersama Farra yang juga adik kepada ketua gangster, Cico. Dr K dipaksa memilih untuk ceraikan isterinya untuk berkahwin dengan Farra atau kehilangan nyawa.

Bermulalah dilema Dr K yang dipaksa berkahwin walaupun sudah cukup kuota isterinya.



Trailer Kahwin 5
FILEM: Kahwin 5
ARAHAN: Nizam Zakaria
PELAKON: Shy8 (Usop Wilcha), Fiz Fairuz, Norish Karman, Marsha Milan, Dian P Ramlee.
GENRE: Komedi romantik
TAYANGAN: 27 Disember 2012

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top