Sinopsis drama Mimpi Dania
Mimpi Dania telefilem istimewa kanak-kanak yang mengisahkan impian seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal bersama ibunya selepas kematian bapa tersayang, kisah ini cukup sesuai untuk dihayati golongan ibu bapa berkerjaya. Kesibukan kerja boleh merenggangkan hubungan kasih sayang.

Itulah yang berlaku pada Dania, seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang tinggal di kawasan kampung berdua dengan ibunya. Kematian suami membuatkan Manisah terpaksa membanting tulang menyara kehidupannya bersama Dania.

Seperti kanak-kanak lain seusia dengannya, Dania juga inginkan perhatian. Pun begitu, akibat kesibukan bekerja di kilang membuatkan Manisah tiada masa untuk berkongsi impian dipendam Dania yang mahu bercuti di Cameron Highlands.

Dania suka melancong kerana terpaut hati menyaksikan pemandangan indah dan cantik yang disiarkan di televisyen. Oleh itu, dia sentiasa berangan-angan supaya impian dipendamnya akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Menyuarakan impian untuk ke Cameron Highlands, ia disambut baik Manisah yang berjanji akan membawa Dania bercuti ke tempat menarik itu. Namun, Dania tiba-tiba teringatkan semula janji yang sama pernah dibuat ibunya.

Ia sekadar janji kosong untuk menggembirakan hati Dania kerana hakikat sebenar, Manisah tidak mempunyai wang yang cukup bagi membeli tiket kereta api mahupun membuat tempahan hotel. Justeru, Dania berasa sedih dan kecewa.

Memahami keadaan ibunya Dania tidak berdiam diri. Bagi memenuhi impiannya dia berusaha membantu Manisah yang gigih bekerja. Bahkan, Dania juga sentiasa mengingatkan ibunya supaya tidak mudah percaya kepada orang kerana Manisah sering ditipu.

Di sekolah pula, Dania sering diganggu Amri yang juga anak orang kaya di kampungnya. Menyedari pengaruh Amri yang mempunyai ramai kawan, Dania suka bersendirian. Namun, kemunculan Danish secara tiba-tiba membawa perubahan kepada Dania kerana dia semakin gembira dan tidak lagi keseorangan.

Siapakah Danish sebenarnya? Bagaimana Danish cukup memahami kesepian di hati Dania dan berusaha menghiburkannya? Adakah Danish juga akan membantu Dania merealisasikan impian gadis kecil itu yang mahu bercuti di Cameron Highland?

TELEFILEM: Mimpi Dania

PELAKON: Farah Nadiah (Dania), Sharifah Shahora (Manisah), Sherie Merlis (kawan Manisah), Tania Zainal (Anis), Rafael El Arash (Danish), Muhammad Aidil Solehin (Amri), Najwa Ali (Aisyah) dan Syed Aiman (bapa Dania).

STESEN TV PENYIAR: RTM
TEBITAN: Syndicated Network Sdn Bhd
PENULIS SKRIP: Rosmadewi Mohd Zin</div>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top