Kumpulan Panicroom

Berdepan dengan keadaan panik bukanlah sesuatu yang digemari oleh sesiapa pun termasuklah kumpulan yang menggelar diri mereka


Kumpulan Panicroom

Panicroom ini. Namun, siapa sangka daripada situasi itulah memberi idea kepada lima anak muda ini menamakan band mereka.

Dianggotai Fikhri, 22, (vokalis), Ejat, 22, (gitar utama), Akir, 29, (gitar rhythm), Epul, 23, (bass) dan Ejam, 27, (dram), kumpulan yang ditubuhkan pertengahan 2011 ini punya kisah menarik di sebalik nama Panicroom.

“Di awal penubuhan Panicroom, kami banyak menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan lagu-lagu kami.

“Ketika itu, keadaan kami agak panik kerana setiap ahli mempunyai komitmen lain, namun dalam masa sama perlu membahagikan masa dengan kumpulan.

“Maka, timbullah idea untuk meletakkan nama Panic bagi menggambarkan keadaan kami dan digabungkan dengan Room yang merujuk studio tempat kami berkarya,” jelas Epul mewakili kumpulannya.

Selain nama kumpulan unik, Panicroom beri gelaran istimewa kepada pendengar yang dipanggil Panickers!.

“Bagi kami, ini merupakan penghargaan kepada pendengar yang banyak beri sokongan kepada karya kami.

“Secara tidak langsung, gelaran ini juga dapat merapatkan lagi hubungan Panicroom dengan peminat,” katanya.

Mengenai muzik yang diperjuangkan, kata Ejat, mereka memilih genre pop rock dan alternatif yang diselitkan dengan elemen funky.

Mengakui dapat inspirasi daripada kumpulan barat seperti Radiohead, Mew, Muse dan Queen, Panicroom bagaimanapun tampil dengan identiti muzik sendiri untuk menawan pendengar.

“Terserah kepada pendengar klasifi kasikan jenis muzik kerana dalam setiap lagu, kami sentiasa tampilkan sesuatu yang baru. Contohnya, karakter band yang misteri ketika persembahan walaupun sebenarnya berperangai gilagila," katanya.

Sudah pun menghasilkan tiga single iaitu Arahmu, Pasti Nanti dan Angin Panas, kata Ejam, mereka bertuah kerana lagu mereka terpilih menghiasi drama tempatan sebagai lagu tema seperti Haruskah Ada Rindu (RTM2), Bunga April (TV3) dan Seindah Sakura (TV3).


“Secara kebetulan, kami mempunyai kenalan yang terlibat dalam produksi drama dan dialah yang membuka laluan untuk kami.

“Pemilihan single kami sebagai lagu tema dalam drama sebenarnya banyak membantu daripada segi promosi dan memperkenalkan nama Panicroom kepada pendengar,” katanya.

“Sebagai band indie yang bergerak sendiri, dana kami terhad, maka setiap perancangan perlu dibuat teliti,” katanya.

Biarpun setiap ahli mempunyai komitmen lain yang perlu dipenuhi, kata Fikhri, masing-masing tidak pernah abaikan tumpuan terhadap kumpulan.

“Saya dan Ejat masih menuntut di institusi pengajian tinggi, sementara yang lain sudah bekerja.

“Jika ada masa terluang di hujung minggu, kami akan berkumpul dan rancang hala tuju kumpulan,” katanya.</div>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top