Teater Bangsawan Gua Puteri


Teater Bangsawan Gua Puteri akan dipentaskan di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), pada 28 November ini bersempena Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) Ke-28.

Pementasan oleh pelajar Tahun Dua Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) yang sudah memulakan latihan sejak awal semester mendapat tunjuk ajar Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Halimah Hassan dan pereka, tenaga produksi serta penerbit drama, Zainatul Shuhaida Abdul Rahman.

Teater ini mengisahkan asal usul kejadian di Gua Puteri, Lenggong, Perak dan pelajar yang terbabit dalam pementasan turut mengadakan lawatan dan kajian di Gua Puteri bagi mendapatkan kesahihan cerita dan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Maklumat lanjut hubungi jawatankuasa program 014-8382023 atau e-mel rasmi MTSR ke-28, mtsr28upm@yahoo.com.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top