The Hollows merupakan salah satu kumpulan indie dari Malaysia berkonsepkan genre noise pop.

Struktur lagu rock dengan bunyi baru yang dibawa mereka serta-merta dijadikan sebagai sumber inspirasi baru bagi pergerakan indie tempatan.



Terdiri daripada empat jejaka berbakat besar, Mohammad Nadzri Shaharuddin (gitar), Ahmad Ashraff Jamil (dram), Mohamed Syafiq Sazaly (bass) dan Ahmad Farhan Tjandra Ahmad (gitar kedua).

Bagi The Hollows, genre noise pop lebih sesuai dengan jiwa muda mereka kerana inilah genre asal permulaan kepada pergerakan kumpulan indie di negara barat.

Mula bertapak sejak tiga tahun lalu, The Hollows lebih selesa bergerak secara bebas untuk mengukir nama di persada hiburan tanah air tetapi muzik mereka kini diberi perhatian oleh peminat muzik indie.

Antara single yang telah dihasilkan mereka ialah Silent, Kau Milik Ku, Dewi, One dan Wild yang turut mendapat sentuhan bunyi distortion yang diinspirasikan daripada bunyi alam.

Buat peminat noise pop, silalah memberi komen mengenai kehebatan mereka di atas pentas gig ataupun layari laman web mereka di www.facebook.com/ hollowspeople.


2 ulasan:

  1. noisepop/alternative musik dari 90 an adalah inspirasi .. mengimbas kembali musik era tersebut ..

    BalasPadam
  2. www.facebook.com/hollowpeople - pembetulan !!!

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top