Pelawak Zizan Razak dan penyanyi, Yuna terus mencipta nama dalam industri muzik tanah air apabila masing-masing memenangi dua kategori Shout Awards 2012 malam tadi.

Zizan, yang tidak kelihatan pada majlis anugerah tersebut kerana terlibat dengan pertandingan lain, diumumkan sebagai pemenang kategori Favourite TV Personality dan Best On Screen Chemistry bersama Johan dalam Raja Lawak musim keenam.

Namun, pelakon ini sempat hadir pada sidang media selepas majlis itu berakhir dan akui tidak menduga kemenangan tersebut.

"Saya tak sangka dapat menang kali kedua dan ini membuktikan masyarakat sudah semakin menerima kami," katanya kepada pemberita.

Ketika dibangkitkan soal bakatnya yang semakin diiktiraf banyak pihak, Zizan berkata, "saya sentiasa menganggap diri saya berada di bawah."



Pada majlis yang sama, Yuna dinobatkan sebagai pemenang anugerah Popstar dan Wired Celebrity.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terukir Di Bintang ini menewaskan beberapa nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Jaclyn Victor dan Aizat Amdan.



Yuna memberitahu bahawa anugerah Popstar itu didedikasikan kepada calon-calon yang lain.

"Saya dedikasikan ini (anugerah) untuk calon-calon yang lain juga," katanya.

Meskipun tewas kepada Shila Amzah dalam kategori anugerah Power Vocal, namun Yuna diumumkan sebagai selebriti paling aktif di Twitter melalui anugerah Wired Celebrity.

Sementara itu, anugerah Hot Chick menyaksikan  Nora Danish menewaskan saingannya seperti Fazura, Lisa Surihani, Marion Rose Counter, Maya Karin dan Scha Al Yahya.

Anugerah Hot Guy pula jatuh kepada pelakon popular, Aaron Aziz.

Gandingan Black dan Malique sekali lagi diiktriraf menerusi kategori  Flava.

Seperti yang dijangka, anugerah baru yang memberi pengiktirafan kepada individu berbakat menerusi laman Youtube menjadi milik matluthfi90.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top