Bade Azmi tabah mengamalkan poligami,bahagi kasih sayang
Sutradara filem Bade Azmi mengakui dia agak tercabar apabila mengamalkan poligami dan pada masa sama, teruja selepas isteri keduanya, Aida Abdullah melahirkan anak lelaki sulung mereka, kira-kira sebulan lalu.
Bade menyatakan cabaran untuk membahagi kasih antara kedua-dua isteri bukan tugas mudah.
Malah katanya, sejak bergelar bapa kepada bayi lelaki yang dinamakan Jihad, tanggungjawabnya sudah berganda.
“Beristeri dua bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika si suami gagal mengendalikan kedua-dua mahligai dibina dengan baik.
“Sebagai seorang suami, menjadi tugas saya memastikan Erma Fatima dan Aida boleh menerima antara satu sama lain. Lagipun, jarak rumah kedua-duanya tidak begitu jauh dan ini memudahkan saya.
“Insya-Allah, andai mereka dapat bersatu, barulah saya berjaya memperoleh kebahagiaan mutlak dalam rumah tangga,” katanya.
Bade menambah, pembahagian masa antara kedua-dua isterinya tidak tetap, bergantung kepada keperluan atau keadaan.
“Sebagai contoh, sekiranya ada kenduri atau anak sakit, saya akan beri keutamaan kepada yang memerlukan kehadiran saya.
“Jika tiada apa-apa, gilirannya macam biasa, sehari di rumah Erma dan sehari di rumah Aida. Begitulah seterusnya,” ujar Bade berkongsi pengalamannya.~ Utusan

0 ulasan:
Catat Ulasan