Aaron Aziz Tak Anggap Adegan Pegang Baju Dalam Lucah Dlm Suamiku Encik Perfect 10!

Filem adaptasi novel Suamiku Encik Perfect 10! yang dihasilkan usahasama Global Station Sdn Bhd dan Astro Shaw menggandingkan semula pasangan yang pernah menggegarkan panggung untuk filem Ombak Rindu iaitu Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Berikutan perubahan yang dibuat pada filem yang asalnya merupakan super telefilem untuk siaran Astro First, Suamiku Encik Perfect 10!, filem ini lebih santai gaya penyampaiannya walaupun ditunjangi jalan cerita yang berat dan dramatik.


Aaron turut berkongsi pendapatnya tentang gaya lakonan di dalam filem ini yang menurutnya pasti berbeza jika diberitahu awal ia adalah filem.

“Saya pun baru sahaja mengetahui mengenai keputusan pihak produksi yang ingin menukarkan super telefilem Suamiku Encik Perfect 10! menjadi sebuah filem. Sebab itu anda lihat lakonan saya serta pelakon lain lebih santai.

“Kalau saya tahu ia akan menjadi filem saya akan memberikan lebih lagi penghayatan dan pasti lebih memberi kepuasan buat penonton. Tetapi saya percaya mereka lebih arif soal ini dan telah melakukan yang terbaik untuk menukarkan dari telefilem menjadi filem,”jelasnya ketika majlis sidang akhbar yang berlangsung malam itu.

Selain itu, salah satu babak yang dilakonkan Aaron dan Lisa dikatakan kurang sesuai dimana aktor tersebut memegang pakaian dalam wanita. Namun dia telah menafikan babak tersebut tidak sama sekali berbaur lucah.

“Ia sekadar babak yang suka-suka, bila kita nak tunjukkan kisah suami dan isteri ia tidak menjadi lucah.

“Bukan sekadar lawak yang kosong kerana dalam babak itu ada diselitkan pengetahuan juga bagi ibu –ibu diluar sana yang mungkin mengandung untuk memahami apa yang perlu mereka lakukan untuk kekal selesa.

“Terpulanglah jika rasa ia tidak sesuai tetapi ia cuma sekadar babak diantara pasangan suami isteri dan ibu mertuanya,”ujar Aaron lagi.

Filem Suamiku Encik Perfect 10 merupakan adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil bakal ditayangkan pada 22 Januari ini di suluruh pawagam tanah air.

Filem kerjasama Global Station Sdn Bhd bersama Astro Show itu turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Jihan Miskin dan Raja Ilya diarahkan oleh Mohamed Feroz. ~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top