Pelakon Leez Rosli sudah bertudung (berhijab)

Pelakon Leez Rosli kini tampil dengan imej baharu setelah mengesahkan dia kini mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Leez menerusi akaun Instagram dengan memuat naik sekeping foto yang mengenakan hijab dengan kapsyen berbunyi:

“Nk jd muslimah sejati tu susah.. Mukminah tambah susah.. Mujahidah juga payah.. Istiqamah lg la payah..tp,trima kasih pd yg xputus2 mendoakan sy tros istiqamah..yes i am,sy sudah fully berhijab.


“Alhamdulillah,i just love my new me..dan inshaAllah sy akn cuba ke arah yg lbh baik scara berperingkat.. jgn marah sy,jgn sindir sy..tegur la dgn cara berhemah😊 inshaAllah,cara itu lbh mudah utk sy hadam..anda mendoakan sy,sy juga akn mendoakan anda.. #syukur #alhamdulillah *skali skala letak pic x semenggah.. Asyik letak yg elokkk je.” tulisnya.

Selain itu, foto-foto lama yang menampilkan imej Leez sebelum berhijab juga telah dipadamkan.

Hanya foto yang berhijab sahaja dibiarkan oleh aktres tersebut.

Peminat juga begitu gembira dengan penampilan terbaru Leez dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Sebelum ini, Leez kerap memuat naik fotonya yang mengenakan hijab setelah berkahwin dengan penyanyi kumpulan Drama Band iaitu Aepul.

Namun foto tersebut telah menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikut Instagramnya sama ada dia sudah bertudung ataupun tidak.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top