Isu Qari Sentuh Kepala, Neelofa Beri Penjelasan

Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.
"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," katanya

Status di Instagram inilah menjadi pertikaian apabila Neelofa memuat naik gambar tanpa menulis kapsyen bagi menjelaskan apa sebenarnya berlaku.

Dalam pada itu, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu.

Katanya, isu berkenaan sangat sensitif dan langkah mendiamkan diri adalah yang terbaik kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham.

"Tiada apa yang boleh saya katakan dan saya pilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu," jelasnya.

Sementara itu, Neelofa berkata, tahun ini dia mengakui lebih berhati-hati dalam memilih fesyen untuk digayakan pada malam AME 2015.

Jelas Neelofa, kritikan pedas yang diterima pada acara sama tahun lalu telah mengajarnya untuk lebih peka terhadap fesyen yang ingin digayakan.

"Tahun lalu saya kekurangan masa untuk memberi perhatian terhadap perkara itu dan Insya-Allah tahun ini saya ada masa yang agak banyak untuk memberi pandangan kepada pereka fesyen apakah pakaian sesuai untuk malam itu nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa  bakal kembali aktif sebagai pelakon selepas hampir dua tahun tidak tampil dengan sebarang projek terbaharu.

Kata Neelofa, selepas tidak lagi terikat sebagai pengacara Nona dia mempunyai lebih banyak waktu terluang untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini saya tolak kerana terikat dengab jadual Nona dan tidak mahu menyusahkan rakan artis lain yang turut terlibat untuk ikut jadual saya.
~ mStar Online.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top