Jay Chou - Hannah Quinliyan berkahwin tema Fairy-Tale

Penyanyi terkenal Taiwan, Jay Chou, 36 bersama kekasihnya Hannah Quinliyan, 21, sudah berkahwin.

Perkahwinan mewah yang bertemakan ‘Fairy-Tale’ itu berlangsung di Yorkshire, Northern England pada Sabtu bersempena dengan hari kelahiran yang ke-36 penyanyi tersebut.

Menurut sumber, Jay Chou dan Hannah yang juga merupakan seorang model telah menjalin hubungan cinta selama empat tahun dan akhirnya Jay Chou mengambil keputusan untuk mengahwininya.


Lebih istimewa lagi, Jay telah mencipta sebuah lagu khas untuk isteri tersayang dan menyanyikannya semasa majlis perkahwinan tersebut.

Hannah yang terharu dengan tindakan suaminya itu telah menitiskan air mata.

Majlis perkahwinan yang bernilai jutaan ringgit itu dihadiri oleh sahabat baik dan keluarga terdekat.

Terdahulu, Jay pernah berjanji untuk berkahwin pada usia 35 tahun namun semuanya tidak menjadi kerana masih belum bertemu dengan wanita yang sesuai.

Sebelum ini Jay Chou juga pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa pelakon terkenal Taiwan seperti Jolin Tsai dan Patty Hou.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top